Saturday, October 22, 2011

Pintasan Lubuk Tabung dan Kerapu

Trip minggu lepas hasil tak berapa tapi saiz ikan besar-besar juga. Tapi trip 22/10/2011 hasil lebih sikit. Ada yang tak terbawa naik pun ada, kalau dapat naik mungkin dalam 8-9kg itu pun pakcik tekong kami tu menggunakan kaedah tradisi hanya ambor...kalau menyangkut kat joran aku...nasib la ikan tu...walaupun dah berusia tapi rekod dia cemerlang...
Trip kali ini memang memuaskan...semua boleh merasa tarikan tabung dan kerapu...aku miss pula kerapu trip ni..tapi apa nak heran mereka tak makan kerapu..diorang dapat aku punya la...tapi terkilan kerana tidak dapat menaikan sendiri..tu je..
Separuh juga tong trip kali ni...kira ok la..puas hati..
hasil tangkapan...


Trip lepas mr.betablocker
 ini lah tekong kami..tanpa dia hasil pun tiada
bersantai atas bot..

Saturday, October 8, 2011

Pulau Jambongan dan Aktiviti Memancing

Pulau Jambongan memang cantik, bagi kaki pancing ianya merupakan lubuk memancing, cuma rezeki kami tidak menjadi saja bila kami pergi. Hari pertama sampai kami ke laut memukat ikan. Turun jam 6 dan pulang jam 7 malam dah lebih 10kg hasil tangkapan. Tapi kepuasan memancing tidak sama dengan memukat. Memancing lebih terasa trillnya...tak gitu geng....ni ada beberapa gambar yang sempat ku rakam dengan telefon cap ayam ku...layan je ye..

 kelapa muda yang dipetik terus dari pokok dan terus diminum..memang sedap, sambil menghirup udara ditepi pantai

 insan yang banyak berjasa kepada kami selama berada di pulau..terima kasih
pekena isi kelapa muda memang sedap...lama tak merasa, tengok pemandangan pantainya cantikkan...

Lama tak update blog..sibuk dengan kerja dan kursus, dalam bulan september yang lepas ada pegi pulau jambongan mengawas UPSR, so ambil kesempatan memancing di sana.Dari  jam 6 petang sampai ke jam 8 malam, hanya 2 ekor ikan merah je yang dapat. Rezeki tak berapa lumayan...asyik putus sahaja pancing...ikan disana ganas betul baham umpan, hanya dua ekor sahaja yang dapat didaratkan ke perahu...


Walaupun bergelora namun perjuangan tetap diteruskan....hinggalah ke malam

 biarpun gelap gelita semangat juang tidak pernah luntur, sdr bad sabar menanti umapan dibaham merah...

ikan pertama yang didaratkan....seekor yu batik...

setelah berkali-kali terlepas..akhirnya dapat jugak didaratkan diperut perahu...



Saturday, July 2, 2011

Keputusan Pertandingan Memancing 1 Malaysia

Lama tak update blog..ada sibuk sikit, kehangatan memancing memang terasa...apa tidaknya malam sebelum pertandingan tersebut,kami merambat udang sampai jam 12 tengah malam....banyak juga udang yang kami dapat. Nasib ada GJB yang pandai merambat...aku tukang kutip udang je...ndakku pandai merambat..walaupun itu rambat aku yang punya...ha.. ha.. ha..
Inilah persiapan awal...siap ada oksigen lagi..tapi esok harinya semua udang mati...adoyaiii..tak cukup ruang agaknya sama air tidak bertukar...misi tetap diteruskan...
Persiapan sebelum bertanding..perut mesti berisi nanti tak larat lawan ikan pulak...
tangkapan pertama tabung....menggunakan ikan puput

dan keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut....

tempat pertama mayong seberat 4.1kg- pemenang dari kg.jaya bakti RM1000
tempat kedua kerapu 1.8kg- pemenang dari taman perumahan en.setarah RM500
tempat ke tiga sembilang 1.7kg-pemenangnya cikgu razwanda dari smk beluran bestari RM250
aku...dapat juga no...tapi no 10 je...dapat hamper....tak pe ini penyertaan pertama...
tahun depan cuba lagi...

Saturday, June 18, 2011

Jenis Memancing Di Beluran

Bagi kaki pancing, sama ada yang hobi atau sebagi satu pencarian sumber rezeki. Mereka sudah tentu arif sudah tentang cara-cara memancing di Beluran. Bagi aku sendiri ,aku hanya mahir memancing di takat( batu) sahaja berbanding memancing di ranggas( tepi kayu atau pokok tumbang).
Sesuatu yang anda perlu tahu untuk memancing di Beluran ialah, kami disini boleh dikatakan semuanya menggunakan umpan udang hidup yang dirambat(jala) dahulu sebelum aktiviti memancing dilakukan.

Ini lah salah satu aktiviti sebelum memancing, biasanya kami akan merambat dahulu pada malam hari dan mula memancing pada sebelah pagi, kalau banyak udang yang ditangkap, harapan untuk menaikan ikan juga besar...kalau kurang udang..maka kuranglah tangkapannya...
inilah rupa udang umpan pancing, biasanya di Beluran kami gunakan udang ini, yang kami simpan dalam kolam didalam perahu.  Malam yang kami pergi, udangnya agak kurang kerana pertukaran air dari air pasang besar ke pasang kecil...silap atur jadual...untuk syok memancing biasanya kami disini mula bergerak dihujung minggu. Beluran memang banyak hasil laut, walaupun udang pisayan yang kami cari untuk buat umpan. Udang galah juga kami dapat...sesiapa yang nak memancing udang galah datanglah ke Beluran...

udang galah yang kena rambat
Selain dari memancing ditakat dan rangas, pemancing juga boleh mencuba memancing secara menunda, kebiasaannya rakan-rakan pancing di Tanjung Nipis yang lebih gemar menggunakan kaedah ini. Hasilnya memang lumayan kerana saiz ikan yang berjaya ditangkap agak besar saiznya. Umpanya hanya rapala(umpan tiruan) dan ianya perlu sesuai dengan kedalam air, biasa rapala yang digunakan adalah jenis "halco" atau dari jenis rapala sendiri untuk kedalaman air 3 meter, 5 meter. Gambar ini adalah hasil menggunakan kaedah menunda di Tanjung Nipis Beluran.

siakap...anda agaklah sendiri berapa kilo?

Saturday, June 4, 2011

Karnival Memancing 1 Malaysia

Berita gembira untuk kaki pancing, ayuh kita semarakkan dan test power masing-masing ada brani....

Maklumat pertandinagn adalah seperti berikut :

Anjuran    : Jabatan Penerangan Beluran

Tarikh   Pertandinanan    :  26 Jun 2011                    Pendaftaran dibuka  : 12 Jun 2011

Borang pertandingan boleh didapati di Jabatan Penerangan Beluran.

Yuran Penyertaan :
Kategori  Kapal : RM70.00
Kategori Perahu : RM50.00
setiap peserta dibenarkan memabawa 2 batang joran sahaja, tambahan joran ke-3 dikenakan bayaran RM30.00

Hadiah:

Juara : RM1000 & sijil penyertaan
Tempat ke -2 : RM500 & sijil penyertaan
Tempat ke-3 : RM250 & sijil penyertaan
tempat ke-4 : RM100.00 & sijil penyertaan
Tempat ke-5 : RM50.00 & sijil penyertaan
Tempat ke 6-10 : Hamper dan sijil penyertaan

Tarikh pembayaran yuran penyertaan : 13-25 Jun 2011

Tempat Pembayaran : Jabatan Penerangan Daerah Beluran

Tarikh tutup penyertaan : 25 Jun 2011( 5 petang)


Maklumat lanjut boleh hubungi :

1. En. Mohammad Dini( Penyelaras) 019-5321080
2. En. Husrin  ( Pengerusi Pelaksana) 019-8077691
3. En.Rahman ( Sandakan) 014-8731160

Monday, May 16, 2011

Trip Pertama Ke Pintasan

Tahun ini hujan tak menentu..agak sukar juga nak turun ke laut, kalau hujan air tak berapa elok sebab air kabut..bilang orang disini, memancing pun paling ganaz..ikan sembilan yang tambah satu jadi sepuluh...aku ikan sembilang ni tak berapa selera sangat..tapi tetap tidak menolak...

15 hb mei bersama dua tekong yang berpengalaman aku mencuba nasib ke pintasan..alhamdulillah hasil cukup lumayan...tangkapan tabung(jenahak) dengan kerapu bunga..ada dalam 30 kilo lebih tangkapan hari tu.

Wednesday, January 26, 2011

Cuaca dan Pancing

Agak lama tidak update blog GJB ini...dah berbulan-bulan, Tapi tak pe...bermula hari ini aku akan cuba update blog ini sekerap yang boleh.

Sejak buka sekolah...baru sekali aku pekang batang joran..itu pun pergi memancing ikan patin di kolam...dah agak lama joran aku tak berjuang ....bukan tak mahu tapi keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Hujan turun sepanjang hari...kalau siang panas...malam hujan. Air sungai/ laut dah tentu tak berapa bagus....(kata orang-orang disini) kabut airnya. Ikan tak ada...

Mungkin selepas tahun baru cina, cuaca elok dan bolehlah turun ke laut semula. Perahu yang kami beli tahun lepas baru sekali aku guna...kesian dia terbiar lesu di pukul ombak...cuaca ok..maka setiap minggu akan ku belaimu....perahu...