Friday, January 13, 2012

Misi Menawan Patin

Semalam GJB mencuba nasib untuk menawan patin, yang kebiasaanya banyak berkeliaran waktu air keruh dan tawar. Kebiasaanya kami menggunakan umpan hati pari atau ikan yu. Tetapi memandangkan ketiadaan dan sukar untuk mendapatkan umpan idaman patin itu...umpan tradisi kami gunakan...iaitu pisang goreng.

Pisang goreng yang digunakan agak lembut dan air pula terlalu laju pasangnya....memang tak ngam la...kesudahanya...pisang goreng itu menjadi umpan kami sambil memancing udang. Ikan patin yang diharapkan membaham umpan...satu ekor pun tidak mengena, mungkin disebabkan air terlalu laju dan batu yang digunakan agak kecil...banyak la yang tak kena...apa-apa pun misi akan diteruskan pada malam-malam yang seterusnya...

Terubat juga semalam dengan sepitan udang galah yang masuk kategori "A", ok la dari tiada...kepada GJB yang tidak mendapat tangkapan..jangan mudah putus asa..releksss....perbaiki teknik perambut dan batu...Tahniah juga kepada AkiYama kerana berjaya menaikkan sembilan 1kg lebih rasanya....

Thursday, January 12, 2012

Pembuka Tirai 2012

Sebagai pembuka tirai 2012, nak turun ke laut memang tidak sesuai dengan air yang keruh dan cuaca yang tidak menentu. Sebagai pemancing tegar...kalau tak pegang joran memang tak sah. Jadi untuk menghilangkan gatal-gatal tangan GJB memancing udang galah yang memang musimnya sekarang...memancing udang galah pun kira ok la jugak..ada beberapa gambar yang sempat dirakam jom layan...
Mr.Beta Blocker dengan tangkapan pertama...senyum sampai balik....
 ahli baru Datuk Jan...masih belum diberi sijil ahli disebabkan belum pandai ikat mata kail...
terpaksa masuk kelas malam 3 kali seminggu
Buat masa sekarang ini je la yang dapat diisi..nak turun kelaut belum ngam lagi...