Saturday, June 18, 2011

Jenis Memancing Di Beluran

Bagi kaki pancing, sama ada yang hobi atau sebagi satu pencarian sumber rezeki. Mereka sudah tentu arif sudah tentang cara-cara memancing di Beluran. Bagi aku sendiri ,aku hanya mahir memancing di takat( batu) sahaja berbanding memancing di ranggas( tepi kayu atau pokok tumbang).
Sesuatu yang anda perlu tahu untuk memancing di Beluran ialah, kami disini boleh dikatakan semuanya menggunakan umpan udang hidup yang dirambat(jala) dahulu sebelum aktiviti memancing dilakukan.

Ini lah salah satu aktiviti sebelum memancing, biasanya kami akan merambat dahulu pada malam hari dan mula memancing pada sebelah pagi, kalau banyak udang yang ditangkap, harapan untuk menaikan ikan juga besar...kalau kurang udang..maka kuranglah tangkapannya...
inilah rupa udang umpan pancing, biasanya di Beluran kami gunakan udang ini, yang kami simpan dalam kolam didalam perahu.  Malam yang kami pergi, udangnya agak kurang kerana pertukaran air dari air pasang besar ke pasang kecil...silap atur jadual...untuk syok memancing biasanya kami disini mula bergerak dihujung minggu. Beluran memang banyak hasil laut, walaupun udang pisayan yang kami cari untuk buat umpan. Udang galah juga kami dapat...sesiapa yang nak memancing udang galah datanglah ke Beluran...

udang galah yang kena rambat
Selain dari memancing ditakat dan rangas, pemancing juga boleh mencuba memancing secara menunda, kebiasaannya rakan-rakan pancing di Tanjung Nipis yang lebih gemar menggunakan kaedah ini. Hasilnya memang lumayan kerana saiz ikan yang berjaya ditangkap agak besar saiznya. Umpanya hanya rapala(umpan tiruan) dan ianya perlu sesuai dengan kedalam air, biasa rapala yang digunakan adalah jenis "halco" atau dari jenis rapala sendiri untuk kedalaman air 3 meter, 5 meter. Gambar ini adalah hasil menggunakan kaedah menunda di Tanjung Nipis Beluran.

siakap...anda agaklah sendiri berapa kilo?

Saturday, June 4, 2011

Karnival Memancing 1 Malaysia

Berita gembira untuk kaki pancing, ayuh kita semarakkan dan test power masing-masing ada brani....

Maklumat pertandinagn adalah seperti berikut :

Anjuran    : Jabatan Penerangan Beluran

Tarikh   Pertandinanan    :  26 Jun 2011                    Pendaftaran dibuka  : 12 Jun 2011

Borang pertandingan boleh didapati di Jabatan Penerangan Beluran.

Yuran Penyertaan :
Kategori  Kapal : RM70.00
Kategori Perahu : RM50.00
setiap peserta dibenarkan memabawa 2 batang joran sahaja, tambahan joran ke-3 dikenakan bayaran RM30.00

Hadiah:

Juara : RM1000 & sijil penyertaan
Tempat ke -2 : RM500 & sijil penyertaan
Tempat ke-3 : RM250 & sijil penyertaan
tempat ke-4 : RM100.00 & sijil penyertaan
Tempat ke-5 : RM50.00 & sijil penyertaan
Tempat ke 6-10 : Hamper dan sijil penyertaan

Tarikh pembayaran yuran penyertaan : 13-25 Jun 2011

Tempat Pembayaran : Jabatan Penerangan Daerah Beluran

Tarikh tutup penyertaan : 25 Jun 2011( 5 petang)


Maklumat lanjut boleh hubungi :

1. En. Mohammad Dini( Penyelaras) 019-5321080
2. En. Husrin  ( Pengerusi Pelaksana) 019-8077691
3. En.Rahman ( Sandakan) 014-8731160