Semalam GJB mencuba nasib untuk menawan patin, yang kebiasaanya banyak berkeliaran waktu air keruh dan tawar. Kebiasaanya kami menggunakan umpan hati pari atau ikan yu. Tetapi memandangkan ketiadaan dan sukar untuk mendapatkan umpan idaman patin itu...umpan tradisi kami gunakan...iaitu pisang goreng.
Pisang goreng yang digunakan agak lembut dan air pula terlalu laju pasangnya....memang tak ngam la...kesudahanya...pisang goreng itu menjadi umpan kami sambil memancing udang. Ikan patin yang diharapkan membaham umpan...satu ekor pun tidak mengena, mungkin disebabkan air terlalu laju dan batu yang digunakan agak kecil...banyak la yang tak kena...apa-apa pun misi akan diteruskan pada malam-malam yang seterusnya...
Terubat juga semalam dengan sepitan udang galah yang masuk kategori "A", ok la dari tiada...kepada GJB yang tidak mendapat tangkapan..jangan mudah putus asa..releksss....perbaiki teknik perambut dan batu...Tahniah juga kepada AkiYama kerana berjaya menaikkan sembilan 1kg lebih rasanya....
No comments:
Post a Comment