Saturday, May 29, 2010

Pertandingan Memancing K-Bestari

Semalam 29/5/2010 satu pertandingan memancing telah di adakan di Kampung Kolapis Beluran anjuran K-Bestari dan Penerangan Beluran. Agak terkilan jugak aku tak dapat ikut disebabkan juga semalam adalah tarikh aku balik kampung. Rasa terkilan kerana BanaX ku tak dapat beraksi dan menunjukkan kehebatanya. Setakat hari ini ianya tidak pernah mengecewakanku.....teringat satu trip ke Kertam, ia tetap juara.

Pertandingan tersebut hanya menawarkan beberapa kategori sahaja, mungkin disebabkan ini adalah anjuran pertama. Kategori Jeti terpaksa dibatalkan kerana tiada penyertaan. Masing-masing masuk kategori perahu dan kapal. Gambar tidak dapat aku upload untuk post kali ini, nanti aku akan usahakan.

Beberapa rakan yang masuk....dengar khabarnya kecewa dengan hasil mereka, itulah adat bertanding ada menang dan ada kalahnya, tapi aku konfius denga yang kalah sebelum bertanding....siapa dia?

Sunday, May 23, 2010

Teknik Susun Umpan dan Ikatan

Beberapa teknik untuk menyusun umpan dan ikatan, mari pakat belajar
Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

Saturday, May 22, 2010

Ikatan dan simpulan

Sebagai seorang kaki pancing, anda harus pandai mengikat mata kail atau perambut. kalau tak pandai susahlah..tak kan nak harapkan orang je ikat untuk kita. Ok untuk post kali ni jom belajar ikat mata kali dan perambut.





Wednesday, May 19, 2010

Blog Geng Joran Beluran

Blog ini aku buat adalah semata-mata ingin berkongsi minat memancing aku dengan rakan-rakan yang lain. Terlebih dulu ingin ku perkenalkan Beluran kepada anda semua. Beluran adalah sebuah daerah di pendalamn Sabah yang berada di Bahagian Sandakan. Dahulu jika sebut Beluran, semua orang tidak mahu datang kerana jalan utama yang tidak berturap dan amat mencabar atau lebih dikenali sebagai jalan balak.

Kini Beluran telah berubah, jalan utama telah berturap dan pengangkutan untuk datang ke Daerah Beluran amat mudah. Satu keunikan Beluran ialah ianya sebuah Daerah Perikanan, banyak sumber tangkapan perikanan datangnya dari Beluran. Uniknya Beluran kerana semua hasil perikanan ada disini udang galah, ikan patin, ikan merah, ikan putih, kerapu dan pelbagai lagi hasil laut dan sungai. Untuk post pertama ini layan gambar ikan patin oleh Rajalaut dijinakkan di Jeti Seaford .