Blog ini aku buat adalah semata-mata ingin berkongsi minat memancing aku dengan rakan-rakan yang lain. Terlebih dulu ingin ku perkenalkan Beluran kepada anda semua. Beluran adalah sebuah daerah di pendalamn Sabah yang berada di Bahagian Sandakan. Dahulu jika sebut Beluran, semua orang tidak mahu datang kerana jalan utama yang tidak berturap dan amat mencabar atau lebih dikenali sebagai jalan balak.
Kini Beluran telah berubah, jalan utama telah berturap dan pengangkutan untuk datang ke Daerah Beluran amat mudah. Satu keunikan Beluran ialah ianya sebuah Daerah Perikanan, banyak sumber tangkapan perikanan datangnya dari Beluran. Uniknya Beluran kerana semua hasil perikanan ada disini udang galah, ikan patin, ikan merah, ikan putih, kerapu dan pelbagai lagi hasil laut dan sungai. Untuk post pertama ini layan gambar ikan patin oleh Rajalaut dijinakkan di Jeti Seaford .
No comments:
Post a Comment