Saturday, May 29, 2010

Pertandingan Memancing K-Bestari

Semalam 29/5/2010 satu pertandingan memancing telah di adakan di Kampung Kolapis Beluran anjuran K-Bestari dan Penerangan Beluran. Agak terkilan jugak aku tak dapat ikut disebabkan juga semalam adalah tarikh aku balik kampung. Rasa terkilan kerana BanaX ku tak dapat beraksi dan menunjukkan kehebatanya. Setakat hari ini ianya tidak pernah mengecewakanku.....teringat satu trip ke Kertam, ia tetap juara.

Pertandingan tersebut hanya menawarkan beberapa kategori sahaja, mungkin disebabkan ini adalah anjuran pertama. Kategori Jeti terpaksa dibatalkan kerana tiada penyertaan. Masing-masing masuk kategori perahu dan kapal. Gambar tidak dapat aku upload untuk post kali ini, nanti aku akan usahakan.

Beberapa rakan yang masuk....dengar khabarnya kecewa dengan hasil mereka, itulah adat bertanding ada menang dan ada kalahnya, tapi aku konfius denga yang kalah sebelum bertanding....siapa dia?

No comments:

Post a Comment